Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 1: Asas Keusahawanan dan resume)
24 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini23 Ogos 2019, Jumaat – Seramai 15 orang pelajar bersama dua orang guru pengiring dari Giatmara Putrajaya telah menghadiri kelas keusahawanan dan ICT di Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Sesi bagi modul 1 ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Bagi pembelajaran modul 1, para pelajar telah didedahkan dengan ilmu asas keusahawanan dan juga pemasaran selama satu jam. Kelas diikuti dengan peneranggan untuk menghasilkan resume yang cantik dan kemas menggunakan applikasi canva dan diakhiri dengan taklimat serta kuiz kahoot mengenai keselamatan berinternet klik dengan bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: