Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Kolam renang Presint 16
Terletak di dalam kawasan kompleks kejiranan Presint 16, kolam renang ini menyediakan kemudahan reakreasi renang bagi semua penduduk Putrajaya dan juga luar Putrajaya.
Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial. Pelawat boleh merasa buah-buahan segar dan memerhatikan aktiviti seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi. Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan dek untuk melihat-lihat. Taman ini juga menawarkan banyak produk pertanian untuk jualan, sementara aktiviti dan program berasaskan pertanian diatur untuk pelawat bagi sepanjang tahun.
Tasik Presint 16
Tasik Presint 16 sering menjadi tarikan penduduk yang ingin menghirup udara segar atau pun berekreasi di waktu petang.
Alamanda
Alamanda Putrajaya adalah pusat membeli-belah yang pertama dibina di Putrajaya, Malaysia. Pusat embeli-belah ini menawarkan pelbagai kedai, restoran, bowling, medan selera, dan pawagam.
Waktu operasi:
10.00pagi to 10.00malam
7 hari seminggu
Medan Selera Presint 16
Medan selera terletak bersebelahan dengan perpustakaan dan kolam renang awam. Sajian yang disajikan terdiri dari pelbagai pilihan menu iaitu dari masakan melayu kepada masakan mamak.
Alamat :
Kompleks Kejiranan Precinct 16
Jalan P16 J
62675 Putrajaya
Tel: 03-88887106, 03-88883214, 03-88884101
Fax: 03-88883075