Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 2: Kelas Fotografi Produk)
16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini15 Mac 2019, Jumaat – Seramai 20 orang pelajar bersama dua orang guru pengiring dari Giatmara Putrajaya telah menghadiri kelas keusahawanan dan ICT di Pusat Internet Presint 18. Sesi ini teah bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Bagi modul 2, para pelajar telah didedahkan dengan ilmu fotografi dimana tenaga pengajar PI telah menerangkan mengenai konsep flatlay dan lightroom. Para pelajar juga diberikan masa untuk mencuba menangkap gambar menggunakan konsep ini dan diakhiri dengan menyunting gambar menggunakan applikasi di telefon.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: