Kelas ICT – Advokasi Penipuan di Internet & Kuiz Kahoot ICT
13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini12 Januari 2019, Sabtu – Kelas dimulakan dengan peneranggan serta pendaftaran portal Maxis Ekelas 2019 bagi pelajar baru dan diteruskan dengan peneranggan mengenai penipuan di internet. Para pelajar diberi pendedahan mengenai modus operandi penipuan di internet yang sering berlaku supaya pekara ini dapat dielakkan pada masa hadapan.
Bagi mengukuhkan pengetahuan para pelajar, satu kuiz mengenai penipuan di internet yang berkonsepkan kuiz ‘who wants to be a millionaire’ telah dijalankan. Pelajar telah diuji dengan 10 soalan yang berkaitan dengan penipuan internet. Bagi aktiviti sampingan, pelajar turut menjawab kuiz secara interaktif dengan menggunakan applikasi kahoot. Kuiz kahoot ini lebih menyeronokkan kerana konsepnya yang menarik dan pelajar dapat menggunakan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: