Pengenalan Modul Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya
19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini18 Januari 2019, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya dan Giatmara Putrajaya akan bekerjasama dalam menjalankan kelas keusahawanan dan ICT bersama pelajar baru 2019. Bersempena dengan kerjasama ni satu sesi pengenalan modul yang akan diajar oleh Pusat Internet Putrajaya selama 5 bulan telah diperkenalkan kepada pelajar. Modul yang diperkenalkan merangkumi asas pemahaman usahawan, asas ICT dan juga asas menyunting gambar dan video. Kelas pengenalan modul ini telah diikuti oleh seramai 25 orang pelajar giatmara Putrajaya bersama 3 orang guru pengiring dan sesi ini berlangsung pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
Selain pengenalan modul, antara aktiviti sampingan lain yang turut dijalankan adalah seperti berikut;
1. Pengenalan Pusat Internet Putrajaya
2. Check Your Label
3. Tayangan video Klik Dengan Bijak
4. Taklimat Klik Dengan Bijak – Mengurus Jejak Digital Anda
5. Kuiz Pemahanan KDB
6. Sesi penyampaian hadiah
7. Sesi bergambar Bersama pelajar dan guru Giatmara
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: