Kelas ICT- Klik Dengan Bijak
19 Disember 2020 | Aktiviti Terkini18 Dis 2020 – Seramai 3 orang pelajar telah menyertai kelas ICT- Klik Dengan Bijak yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Presint 16. Pelajar telah diajar mengenai keselamatan internet, check your label. Tambahan lagi, tayangan video mengenai kempen cyberbully dan kempen kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong daripada MCMC juga dipertontonkan kepada pelajar untuk menambah pengetahuan mereka berkaitan progam KDB. Pelajar juga didedahkan dengan kepentingan untuk melindungi data peribadi semasa membuka akauan seperti kata laluan, no telefon dan sebagainya. Sesi ini bermula pada jam 3 petang hingga 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: