Modul Keusahawanan Online
22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini21 Febuary 2020, Jumaat – Seramai 10 orang pelajar bersama seorang guru pengiring dari Giatmara Putrajaya telah menghadiri kelas keusahawanan dan ICT di Pusat Internet Presint 10. Sesi ini telah bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Bagi modul 1 iaitu modul keusahawanan online, para pelajar telah didedahkan berkaitan cara untuk menjalankan perniagaan di atas talian dengan berkesan. Pelajar juga didedahkan dengan beberapa rangkaian jaringan perniagaan atas talian seperti facebook, whatsapp dan Instagram. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan cara penulisan resume dengan lebih sistematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: