Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti Terkini05 September 2020 – Seramai 4 orang ahli/ pengguna pusat internet P16 telah menyertai bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti 2020 yang dijalankan di Pusat Internet Presint 16. Dua orang staff pusat internet bersama dua orang pengguna telah menyertai bengkel/program ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12.30 petang.
Program ini yang berlansung secara dalam talian merupakan anjuran Malaysia ICT Volunteer bersama MCMC. Objektif program ini adalah untuk memberikan memberikan kesedaran kepada belia supaya menggunakan media social dan ict dengan bertanggungjawab, dan beretika. MIV bersama Komuniti adalah satu program sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital dikalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan pada tahap maksimum. Sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif di kalangan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: