Kursus eRezeki Rangers
11 November 2021 | Aktiviti Terkini10 November 2021, Rabu – Seramai 46 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada staf dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Yan Kechil Kedah, PIK Pokok Sena Kedah, PIK Linggi Negeri Sembilan, PIK Telaga Air Serawak, PIK Stungkor Baru Serawak, PIK Sibuluh Serawak, PIK Sebandi Ulu Serawak, PIK Quop Serawak, PIK Semenyih Selangor, PIK Presint 9 Fasa 3 Putrajaya, PIK Presint 9 Fasa 10 Putrajaya, PIK Presint 18 Putrajaya dan PIK Presint 16 Putrajaya.
Program ini merupakan kerjasama dari pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang diwakili oleh Encik Haziq Hissham merupakan Jurulatih eRezeki Rangers telah berkongsi pelbagai maklumat yang berkaitan dan bermanfaat. Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), program ini telah berlangsung secara atas talian menggunakan Zoom Meeting yang juga dikendalikan oleh pihak MDEC.
Berikut adalah agenda program yang berlangsung:
1. Introduction - 15 minutes
2. eRezeki Rangers Terms and Process - 60 minutes
3. eRezeki Registration and Training - 60 minutes
4. eWallet Briefing and Registration - BigPay Malaysia Sdn Bhd - 30 minutes
5. Q&A session - 15 minutes
Program ini diadakan adalah khas untuk eRangers yang berdaftar sahaja. Program yang berasakan model ekonomi perkongsian (sharing economy) dengan tumpuan khusus kepada model berasakan perkhidmatan oleh orang ramai (sebagai pekerja gig atau pekerja bebas).
eRezeki adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan menghubungkan mereka kepada peluang-peluang pekerjaan untuk menjana pendapatan menerusi kaedah digital. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan mendalami pelbagai tugasan yang bersesuaian di dalam platform eRezeki untuk peluang menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: