Keusahawan Dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 4 Produk & Videografi)
23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini22 Oktober 2021, Jumaat – Pusat Internet Komuniti (PIK) Presint 16 telah mengendalikan kelas asas menyunting video dengan menggunakan aplikasi VN yang boleh di muat turun melalui App Store ataupun Google Store di telefon pintar. Seramai 15 orang pelajar dari Giatmara Putrajaya telah menyertai kelas ini bersama Puan Siti Hajar iaitu guru dari Giatmara Putrajaya. Encik Hazim, Pengurus dan dibantu oleh Puan Nur Dahiyah, Penolong Pengurus adalah sebagai tenaga pengajar untuk modul ini telah berkongsi pelbagai ilmu berkaitan cara-cara asas untuk merakam video dan menyunting video dengan mudah menggunakan aplikasi VN.
Modul asas pengenalan videografi ini adalah modul keempat untuk sesi 1/2021. Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), kelas ini telah berlangsung secara atas talian menggunakan Google Meet yang juga dikendalikan oleh PIK Presint 16 dan di bantu oleh PIK Putrajaya yang lain. Kelas ini dijalankan bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Untuk sesi pertama iaitu sesi mengajar berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi seterusnya sesi kedua bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari adalah sesi tugasan suntingan video sendiri oleh pelajar Giatmara Putrajaya dengan bertemakan bebas. Ada segelintir pelajar telah berkongsi video yang telah disunting oleh mereka dengan bertemakan pemasaran produk.
Seterusnya sesi penutup dilengkapkan dengan advokasi Klik Dengan Bijak, tayangan video ringkas berkaitan dengan penggunaan media social dengan berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: