Latihan Pemasaran Media Sosial Staf PIK Putrajaya
21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini20 Mac 2021, Sabtu – Sprintz Designs Sdn Bhd telah mengadakan Latihan Dalaman untuk Pengurus dan Pen. Pengurus Pusat internet Komuniti Putrajaya dan Linggi bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Presint 18, Putrajaya. Latihan ini telah dihadiri oleh 10 staf pengurus dan penolong pengurus dari PIK Presint 9 Fasa 3, PIK Presint 9 Fasa 10, PIK Presint 16,PIK Presint 18 dan PIK Linggi.
Latihan ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 5:00 Petang. Antara pengisisan sepanjang latihan adalah berkisarkan cara mudah untuk mempromosikan perniagaan di media social dan media social yang ditekan kan ialah Facebook, juga diterapkan dengan konsep 4P’s dalam pemasaran (Place, Price, Product & Promotion). Latihan keusahawanan ini telah disampaikan oleh En. Redzuan Jamal dari Yes Academy.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: