Mesyuarat Bulanan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya
15 Januari 2022 | Aktiviti Terkini14 Januari 2022, Jumaat – Semua kakitangan pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bulanan untuk membincangan aktiviti kolabarasi dan program-program komuniti untuk bulan Januari 2022. Mesyuarat ini dihadiri oleh staf-staf PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16, PEDi Presint 18 dan juga Rakan Digital PEDi Presint 16, PEDi Presint 18.
Antara intipati yang telah dibincangkan adalah merangkumi latihan keusahawanan dan ICT bersama pelajar-pelajar baru Giatmara Putrajaya bagi sesi 2022, modul-modul yang akan digunakan serta penglibatan Rakan Digital dalam latihan untuk sesi 2022. Seterusnya membincangkan program-program yang tertunda ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun yang lalu serta program-program yang bakal berlangsung pada tahun ini.
Mesyuarat ini diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet, dan berlangsung selama dua jam dari 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: