Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training Day 2
15 April 2022 | Aktiviti Terkini14 April 2022, Khamis – Staf-staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi telah menghadiri Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan untuk hari yang kedua
Kursus ini telah berlangsung secara atas talian melalui applikasi Microsoft Team. Kursus ini telah dihadiri oleh 9 staf iaitu pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI).
Staf-staf PEDi diberi tugasan untuk menyediakan pembentangan slaid dan membentangkan hasil kerja dalam masa yang diberi sekurang-kurangnya 20 minit – 30 minit mengikut syarat-syarat yang diberi oleh jurulatih kursus ini iaitu Puan Cantiynia Ringos. Kursus ini telah diadakan sebanyak dua sesi sehari, sesi pertama bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dengan sesi pembentangan slaid oleh 4 orang staf PEDi manakala lagi 5 orang staf telah membentangakan slaid masing-masing pada sesi kedua yang berlangsung pada jam 2:00 petang sehingga 4:00 petang.
Kursus ini tamat pada jam 4.00 petang dan disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama. Staf-staf PEDi telah belajar pelbagai ilmu untuk memperkasakan komunikasi, rangkaian dan pembentangan yang telah dikongsikan oleh pihak jurulatih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: