Program Keusahawanan ICT Bersama Giatmara Putrajaya (Modul 1)
22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini21 Januari 2022, Jumaat – Seramai 15 orang pelajar sesi kemasukan baharu daripada Giatmara Putrajaya telah menyertai Modul 1 Program Keusahawanan ICT yang telah berlangsung pada 21 Januari 2022 pada hari jumaat bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Turut disertai oleh tenaga pengajar daripada kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya yang terdiri daripada 4 PEDi iaitu PEDi Presint 18, PEDi Presint 16, PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10.
Program ini dijalankan secara bersemuka di Giatmara Presint 15 Putrajaya. Pada jam 10.00 pagi program ini dimulakan dengan sesi pembentangan slaid daripada Puan Anis dan Puan Haryati wakil daripada PEDi Presint 18 berkenaan pengenalan PEDi kepada pelajar Giatmara dan diteruskan lagi dengan sesi pembentangan slaid berkenaan Apa Itu Usahawan yang telah dikongsikan oleh Encik Abu Khalaf atau mesra dipanggil Cikgu Abu wakil Rakan Digital PEDi Presint 18.
Pada jam 11.00 pagi program ini diteruskan lagi dengan sesi pembentangan slaid daripada Puan Sarah wakil daripada PEDi Presint 9 Fasa 3 yang bertajuk ‘’Truth Campaign”. Disamping itu, pengajar memberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) seperti kepentingan dalam mengesahkan sumber sesuatu maklumat untuk mengelakkan daripada penyebaran maklumat palsu. Program ini telah disempurnakan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang sesi kuiz dan sesi bergambar bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: