Webinar Skim Pembiayaan Mikro/i BSN - Semarak Niaga Bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini20 Mei 2022, Jumaat – Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengadakan taklimat Webinar Skim Pembiayaan Mikro/i BSN Semarak Niaga bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Selangor. Taklimat ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.
Taklimat ini telah diadakan secara atas talian dengan mengunakan applikasi “Microsoft Team” yang telah dibentangkan oleh Encik Nor Azam Bin Nor Rahmat wakil dari pihak BSN Bahagaian Perniagaan Mikro, Jabatan Perbankan Runcit. Beliau telah berkongsi cara-cara usahawan khususnya usahawan kecil yang mempunyai pendaftaran syarikat SSM untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan memohon skim pembiayaan daripada BSN.
Turut dihadiri dalam taklimat ini adalah pengurus dan penolong pengurus dan juga rakan digital dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) turut mengambil peluang ini agar dapat dikongsikan kepada usahawan-usahawan yang berdaftar di bawah PEDi. Pelbagai ilmu yang telah dikongsikan oleh beliau kepada staf-staf PEDi dengan harapan dapat diterapkan dan dipraktikkan kepada komuniti dan juga usahawan untuk program-program yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: