Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 4 Videografi)
4 Jun 2022 | Aktiviti Terkini3 Jun 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya meneruskan kelas bersama pelajar Giatmara Putrajaya modul seterusnya untuk sesi 1/2022. Modul latihan Videografi yang di kendalikan oleh Encik Hazim, Pengurus PEDi Presint 16 dan Encik Abu, Rakan Digital PEDi Presint 18.
Pada modul kali ini, petugas PEDi Presint 16 mengendalikan sesi pembelajaran dan berkongsi maklumat mengenai Videografi. Sebelum kelas bermula, petugas memainklan video Klik Dengan Bijak mengenai Berita Palsu.
Merangkumi 10 subtopik yang menjadi keutamaan sepanjang sesi ini berlangsung:
1. Input
2. Trim down footage
3. Add B-Roll footage
4. Add titles or text
5. Add transition and effect
6. Add music
7. Audio
8. Adjust colour grade
9. Adjust speed
10. Export
Pada sesi seterusnya, pelajar Giatmara diberi tugasan untuk menyediakan dan menyunting video menggunakan aplikasi VN. Pelajar juga diberi kesedaran advokasi ‘Check Your Label’ dan diajar bagaimana untuk memeriksa Logo MCMC didalam gajet masing-masing.
Kelas dijalankan secara bersemuka di PEDi Presint 9 Fasa 3. Sesi bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 11 orang pelajar dan dibantu oleh staff PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 18.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: