Taklimat KITAR Bersama PEDI Putrajaya
3 April 2022 | Aktiviti Terkini2 April 2022, Sabtu – Pengurusan Maxis dan staff PEDi Putrajaya telah berjumpa di PEDi Presint 9 Fasa 3 untuk taklimat Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau singkatannya KITAR.
Perjumpaan ini adalah untuk menerangkan projek KITAR kepada staff PEDi Putrajaya. Disamping itu, perjumpaan ini juga telah mengumpulkan beberapa alat elektronik seperti netbook, telefon bimbit dan lain-lain alat elektronik untuk projek KITAR. Projek KITAR adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama yang telah rosak. Selain itu, matlamat utama projek ini adalah agar rakyat Malaysia dapat memupuk semangat kitar semula khususnya kepada alat peranti ataupun elektronik yang lama dan tidak digunakan lagi memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan. Projek KITAR ini juga menggantikan projek lama yang dikenali sebagai e-waste.
Dalam perjumpaan ini, PEDI Putrajaya telah mengumpul sebanyak 40 netbook dan beberapa telefon bimbit lama serta beberapa barangan lain seperti kabel telefon dan lain-lain. Kesemua barangan KITAR ini dihantar ke PEDI Semenyih yang telah dilantik oleh MCMC sebagai pusat pengumpulan barangan KITAR.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: