Program Produk Keluaran Usahawan Tempatan
25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini24 Julai 2022, Ahad – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 16 telah menyertai program produk keluaran usahawan tempatan yang dianjurkan oleh perbadanan Putrajaya di pusat kejiranan presint 16. Program ini telah disertai oleh usahawan-usahawan tempatan dalam mempromosikan dan penjualan produk yang ditawarkan oleh mereka. Pelbagai produk yang dijual antaranya ialah pakaian, makanan, minuman, madu, kelengkapan wanita dan sebagainya. Program ini mendapat sambutan yang baik dari penduduk kawasan presint 16.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: