Kelas Bersama Giatmara Putrajaya (Modul 2 Photoshoot Product)
18 Februari 2023 | Aktiviti Terkini17 Februari 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah mengadakan modul permulaan untuk sesi 2/2023 bersama pelajar Giatmara Putrajaya yang bertempat di PEDi Presint 9 Fasa 10 bertajuk Modul Photoshoot Product. Program bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Program ini telah dimulakan dengan sesi tayangan video X-break untuk senaman regangan badan sebelum pembelajaran bermula. Modul ini merangkumi teknik mengambil gambar, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio, Flatlay dan pelbagai lagi. Modul ini dikendalikan oleh Puan Sarah, Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 dan turut dibantu oleh staff PEDi Putrajaya yang lain.
Pelajar daripada Giatmara diberikan tugasan dengan perlu mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar 1 gambar Mini Studio dan 1 gambar Flatlay.
Program ini diakhiri dengan sesi tayangan video Klik Dengan Bijak mengenai “Penyebaran Maklumat Tidak Benar” Seramai 19 orang pelajar dan seorang guru Giatmara telah menyertai kelas ini. Akhir sekali kelas ini telah disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: