Kelas Bersama Giatmara Putrajaya (Modul 1 Resume & Canva)
28 Januari 2023 | Aktiviti Terkini27 Januari 2023, Jumaat – Seramai 20 orang pelajar sesi kemasukan baharu tahun 2023 daripada Giatmara Putrajaya telah menyertai Modul 1 yang bertajuk Resume dan Canva yang telah berlangsung pada 27 Januari 2023 pada hari Jumaat bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 10. Seramai 2 orang tenaga pengajar daripada kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 18 dan juga Presint 16, Putrajaya iaitu Puan Noranis dan juga Puan Dahiyah yang telah berkongsikan ilmu yang berkaitan.
Pada jam 10.00 pagi kelas ini dimulakan dengan sesi pembentangan slaid daripada Puan Noranis wakil daripada PEDi Presint 18 yang menerangkan berkenaan Topik Resume dan cara-cara menyediakan “Resume” yang ringkas dan menarik dengan menggunakan aplikasi Canva. Sesi pembentangan ini telah berlangsung sehingga jam 10.30 pagi.
Seterusnya sesi kelas disambung dengan modul tambahan iaitu Poster yang di kendalikan oleh Puan Dahiyah wakil daripada PEDi Presint 16. Disini semua pelajar telah diterangkan cara-cara membuat poster produk yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva. Modul ini berlangsung sehingga jam 11.00 pagi. Selesai sesi penerangan olah para tenaga pengajar, pelajar-pelajar diberikan tugasan selama 1 jam yang perlu menyediakan resume dan poster masing-masing yang perlu dihantar ke email PEDi.
Akhir sekali kelas ini telah disempurnakan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang poster tercantik dan juga sesi bergambar bersama-sama pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: