Kelas ICT (Modul 2 Microsoft Word)
9 Disember 2023 | Aktiviti Terkini8 Disember 2023 (Jumaat) – PEDi Presint 16 telah menjalankan Kelas ICT (MODUL 2 Microsoft Word) yang bertajuk Asas Microsoft Word. Fokus utama kelas ini adalah untuk memberikan ilmu asas kepada pelajar tentang kegunaan dan cara-cara menggunakan Microsoft Word. Selain itu, dapat membantu pelajar tentang ilmu-ilmu asas microsoft bagi penyediaan melanjutkan pelajaran keperingkat universiti.
Bagi sesi kali ini adalah latihan menaip menggunakan keyboard. Pelajar telah diberikan tunjuk ajar cara-cara menaip dengan betul dan pantas dengan menggunakan website ‘keybr.com’. Kelas diadakan di bilik latihan Presint 16 bermula jam 10:00 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari. Puan Dahiyah Penolong Pengurus PEDi Presint 16 selaku tenaga pengajar telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: