Program Usahawan Digital 2023
4 November 2023 | Aktiviti Terkini03 November 2023, Jumaat – Program ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 6.00 petang bertempat di Dewan Utama B1 KKD. Semua staff PEDi Putrajaya turut hadir bagi menjayakan program ini. Objektif Program Usahawan Digital ini adalah mentranformasikan usahawan-usahawan jualan harian ke arah kepada perniagaan secara digital dan meningkatkan penggunaan aplikasi digital dalam perniagaan. Untuk sesi yang pertama adalah slot perkongsiaan: Kenapa perlu digitalkan perniagaan?
Seterusnya, program diteruskan dengan sesi forum perkongsiaan pengalaman dan kisah oleh Usahawan Digital Berjaya. Pihak PEDi telah menghantar seorang wakil usahawan daripada Icon Usahawan PEDi Presint 18 iaitu Puan Mazlira Binti Zulkifli yang menjalankan perniagaan agen kosmetik NOIR. Sesi ini berlangsung selama satu jam dan diteruskan dengan sesi soal jawab bersama para penonton.
Pelbagai kisah dan cerita yang boleh diambil sebagai panduan untuk para peniaga untuk melakukan perniagaan secara atas talian yang secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil jualan. Pada jam 4.30 petang sesi diteruskan pula dengan sesi One to One Clinic Session bersama MCMC, PEDi, MyNIC dan MDEC dimana peserta dan usahawan yang terlibat boleh mendapatkan semua maklumat berkenaan bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi KKD secara terus di ruangan clinic yang disediakan di dalam dewan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: