Kelas IOT & STEM (Cipta Game Scratch)
18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini17 Jun 2023 (Sabtu) – PEDi Putrajaya telah menjalankan satu program sempena cuti persekolahan sabtu dan ahad. Fokus utama program ni adalah untuk memenuhi masa terluang pelajar-pelajar dengan menjalankan aktiviti yang interaktif iaitu aktiviti IOT iaitu (Cipta Game menggunakan Scratch) yang bertempat di bilik latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Program diadakan bermula pada jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang yang dihadiri oleh 11 orang pelajar turut disertai oleh staff dari PEDi Presint 16, Presint 18 dan Presint 9 Fasa 3 sebagai pembantu.
Bagi sesi pertama, penerangan serta tunjuk ajar berkenaan dengan aplikasi scratch yang akan digunakan untuk menjalakan aktiviti IOT iaitu cara mencipta game ringkas iaitu game bola sepak. Pelajar diberi penerangan dan cara bagaimana untuk mengendalikan coding yang bakal dibina untuk mencipta game tersebut. Coding yang digunakan untuk menggerakkan objek yang ada di dalam game tersebut. Pelajar memberi fokus dan tumpuan yang baik sepanjang pembelajaran. Di akhir aktiviti setelah berjaya menghasilkan game mereka diberi peluang untuk bermain dengan permainan yang cipta tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: