Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giatmara – Modul 2: Photoshoot Product
28 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2024 (Jumaat) –NADi Putrajaya telah memulakan sesi pembelajaran untuk modul yang kedua yang bertajuk Photoshoot Product. Seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada 2 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan telah menyertai kelas ini. Kelas dimulakan pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Kelas ini turut dibantu oleh staff dari NADi Presint 9 Fasa 10, Presint 16 dan Presint 18.
Sebelum kelas dimulakan, pelajar ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak yang bertajuk Cyber Bully. Pelajar diterangkan mengenai apa itu Cyber Bully dan kesan-kesan Cyber Bully kepada mangsa. Seterusnya Pengurus NADi Presint 9 Fasa 3 memberi taklimat mengenai modul Photoshoot Produk. Modul ini terdiri daripada penerangan mengenai Produk, Jenis Produk, Kepentingan Kualiti Visual Produk, Cara Mengambil Gambar Produk, Rule Of Third, Mini Studio, Flatlay dan Aplikasi Editing yang boleh digunakan. Setelah penerangan diberikan, pelajar perlu menjawab Kuiz Photoshoot Product menggunakan laman web Kahoot.It. Kuiz ini dijalankan bagi memastikan pelajar telah faham dengan subjek yang mereka pelajari sebelum ini. 3 pelajar dengan markah tertinggi mendapat saguhati dari pihak NADi.
Setelah itu, pelajar dibahagikan dalam 3 kumpulan dan perlu memilih produk yang akan digunakan untuk photoshoot. Photoshoot dibahagi kepada 2 iaitu menggunakan Mini Studio dan Flatlay. Pelajar diberi masa selama 45 minit untuk mengambil gambar produk mereka menggunakan kedua-dua element yang disediakan. Pelajar juga perlu mengedit gambar sebelum dihantar kepada kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: