Program Semarak Kemerdekaan
18 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2024 (Sabtu) – Bersempena sambutan kemerdekaan ke-67 tahun ini, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya yang terdiri daripada NADI Presint 16, Presint 18, Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menyertai Program Semarak Kemerdekaan di Dewan Komuniti Presint 18R13. Program ini merupakan program anjuran MPP Sub Zon 1, Badan Amal Kasih Ibu WP, KRT 18R13, Rasa Suri dengan kerjasama BPH, PPj, Ali Maju, Skuad AADK dan NADI Presint 18. Program bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari yang dihadiri lebih 500 penduduk Putrajaya dan sekitarnya.
Selain itu, NADI Putrajaya melibatkan diri dengan membuka booth E-Waste pada program tersebut, dimana kakitangan NADI menerangkan tentang cara pelupusan barang elektronik dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: