Penamatan Perkhidmatan Rawatan Kawalan Serangga Perosak
30 Mei 2024 | Aktiviti Terkini29 Mei 2024, Rabu – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 16 telah melengkapkan Perkhidmatan Rawatan Kawalan Serangga Perosak pada bulan Mei tahun 2024. Rawatan ini dilakukan oleh Anjas Pest Solution Sdn Bhd.
Rawatan Kawalan Serangga Perosak adalah sangat penting kerana ia melibatkan perlindungan harta benda. Contohnya, struktur pintu kayu di NADI telah rosak dan reput kerana di makan oleh serangga perosak iaitu anai-anai. Kehadiran serangga seperti semut dan lipas dalam NADI boleh mengganggu keselesaan pelanggan NADI dan warga komuniti setempat. Selain itu, keselesaan dan kesejahteraan pengguna NADI dapat terjamin. Rawatan kawalan serangga perosak membantu mengekang populasi serangga ini dan merosakkan harta benda NADI sekaligus dapat mencipta persekitaran yang lebih selesa dan menyenangkan.
Anjas Pest Solution telah melakukan Perkhidmatan Rawatan Kawalan Serangga Perosak selama setahun sebanyak 12 kali setiap bulan di NADI Presint 16 bermula bulan Jun 2023 sehingga Mei 2024. Rawatan ini dilakukan oleh 2 orang pekerja dengan menyembur bahan cecair “chemical” racun serangga perosak di dalam dan di luar NADI. Rawatan kawalan serangga perosak membantu mengurangkan risiko penularan penyakit melalui gigitan serangga atau pemindahan kuman melalui najis serangga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: