Pembukaan Reruai Pameran MCMC Bagi Hari Terbuka Putrajaya 2024
2 Februari 2024 | Aktiviti Terkini1 Februari 2024 (Khamis) – MCMC dan PEDi Putrajaya yang terdiri daripada PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18 telah mendapat jemputan daripada pihak Perbadanan Putrajaya untuk mengadakan pembukaan reruai pameran bagi Hari Terbuka Putrajaya 2024 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Pembukaan booth ini adalah bersempena Hari Terbuka Putrajaya 2024 yang merupakan acara tahunan PPj dan bagi meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50 tahun. Pembukaan booth ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 1 Februari 2024 sehingga 4 Februari 2024.
Selain itu, Hari Terbuka Putrajaya ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang ramai dan pihak berkepentingan mendapatkan maklumat dan perkhidmatan oleh semua agensi awam dan swasta yang mengambil bahagian. Booth ini bertujuan sebagai kaunter aduan kepada rakyat berkaitan masalah telekomunikasi dan juga berkenaan jenayah siber seperti penipuan dalam talianf. Manakala untuk PEDi pula adalah sebagai hebahan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi kepada pengunjung yang datang. Beberapa aktiviti dilaksanakan diantaranya ialah program advokasi klik dengan bijak, kuiz mengenai klik dengan bijak, kuiz ICT, pemberian cenderahati kepada pengunjung dan sebagainya.
Pameran Booth MCMC berlangsung selama 9 jam bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Anggaran pengunjung yang datang selama 4 hari sempena pameran tersebut berlangsung adalah seramai 600 orang merangkumi pelbagai peringkat umur dan bangsa. Wakil petugas dari setiap PEDi telah hadir bagi menjayakan program ini dimana seramai 3 orang petugas dari PEDi menjaga booth pada sesi pagi dan petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: