Mesyuarat Tahunan PEDi Wilayah Persekutuan
6 Januari 2024 | Aktiviti Terkini05 Januari 2024, Jumaat – MCMC Wilayah Persekutuan telah mengadakan mesyuarat tahunan bersama staf PEDi Wilayah Persekutuan. Mesyuarat ini dihadiri oleh staf dari PEDi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Mesyuarat dimulakan dengan sesi pengenalan dengan Pengarah WPSO yang baru iaitu Puan Hanita. Seterusnya, sesi pengenalan bersama staf PEDi Wilayah Persekutuan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu-isu yang perlu diperbaiki di PEDi iaitu mengenai waktu operasi PEDi, keceriaan PEDi dan mengemaskini maklumat terkini di papan kenyataan PEDi. Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan mengenai PADU yang akan dijalankan selama 3 bulan bermula Januari sehingga Mac 2024. Mesyuarat telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan Microsoft Team.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: