Majlis Tautan Kasih Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Putrajaya
28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini27 Januari 2024, Sabtu – Program ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 5.30 petang bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Wakil staff PEDi Putrajaya daripada PEDi Presint 16 Puan Dahiyah dan wakil PEDi Presint 9 Fasa 10 Puan Harwani turut hadir bagi menjayakan program ini. Objektif program ini adalah ingin mengeratkan hubungan silaturahim dan sesi perkenalan bersama ahli-ahli Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), KEMAS, PEDi dan warga komuniti setempat dalam menjayakan program-program yang akan datang.
Program dimulakan dengan sesi ucapan aluan daripada pengerusi majlis Tuan Hj Roslan, ucapan daripada Cikgu Azniera Ramlan selaku tenaga pegajar KEMAS dan diteruskan lagi dengan ucapan penyunting semangat dan motivasi daripada Encik Shahfizul Shahrani, Pegawai KEMAS Daerah Zon 4 Parlimen Putrajaya.
Seramai 60 orang peserta yang hadir ketika program ini berlangsung dan rata-ratanya adalah dari golongan pesara dan ahli-ahli AIM yang merupakan peniaga ataupun usahawan secara kecil-kecilaan bagi menjana pendapatan lebih. Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) ialah salah satu program yang ditawarkan oleh KEMAS dan untuk Parlimen Putrajaya adalah aktif dengan kelas memasak yang di ajar oleh Cikgu Aznira daripada KEMAS.
Seterusnya pihak PEDi mengambil kesempatan untuk mengedarkan brochure PEDi Putrajaya kepada para peserta untuk memperkenalkan fungsi-fungsi PEDi kepada masyarakat. Selain itu, pihak PEDi juga mengambil kesempatan untuk berbincang dengan tenaga pengajar KEMAS iaitu Cikgu Azniera dan ahli-ahli PKK untuk mengadakan program kolaborasi bersama-sama dimana pihak PEDi akan menawarkan Kelas ICT dan juga Kelas Editing kepada ahli-ahli PKK.
Program tamat pada jam 5.30 petang dan telah disempurnakan dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: