Kursus Penggayaan dan Gunting Rambut Serta Program KDB Bersama NADI
14 Jun 2024 | Aktiviti Terkini12 Jun 2024, Rabu – Telah berlangsung Kursus Penggayaan dan Gunting Rambut Serta Program KDB yang bertempat di bilik latihan NADI Presint 16. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula jam 8:30 pagi sehingga jam 4:00 petang. Program ini adalah dianjurkan oleh pihak KEMAS Parlimen Putrajaya yang diwakili oleh Puan Azniera selaku Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Putrajaya.
Seramai 15 orang peserta kursus yang terpilih bagi mengikuti kursus pada kali ini yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 12 orang wanita. Pihak KEMAS telah menjemput Puan Syarifah Salmah selaku tenaga pengajar bagi kursus ini. Beliau merupakan pemilik Jemari Studio yang menjalankan perniagaan Muslimah Salon dan Kecantikan yang bertempat di Wangsa Maju.
Pada hari pertama para peserta telah hadir di NADI Presint 16 seawal jam 8:30 pagi bagi sesi pendaftaran dan sarapan pagi dan tengah hari disediakan oleh pihak penganjur. Kemudian pada jam 9:30 pagi sesi dimulakan dengan sesi taklimat ringkas Pengenalan NADI oleh Penolong Pengurus NADI Presint 16 Cik Balqis. Seterusnya adalah sesi ucapan kata alu aluan oleh Puan Azniera kepada para peserta. Pada jam 10 pagi sesi kursus untuk modul pertama telah dimulakan dan bagi sesi ini para peserta telah belajar teknik memegang gunting rambut dengan betul, cara memegang sikat rambut dengan betul, parting rambut dan section rambut.
Seterusnya, untuk hari kedua pada 13 Jun 2024 para peserta telah hadir pada jam 8:30 pagi dan dimulakan dengan sesi pendaftaran dan juga sarapan pagi. Pada jam 9:30 pagi pihak NADI mengambil kesempatan untuk memberikan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para peserta. Taklimat telah diberikan oleh Puan Dahiyah selaku Pengurus NADI Presint 16. Selesai taklimat para peserta diberikan kuiz bagi menguji kefahaman mereka dan hadiah disediakan kepada para pemenang. Pada jam 10 pagi sesi kursus modul 2 dimana peserta telah belajar cara-cara memotong rambut dengan betul dan belajar jenis-jenis potongan rambut.
Bagi hari ketiga 14 Jun 2024 seusai sarapan, pada jam 10 pagi telah berlangsung Majlis Penutup dan sesi penyampaian sijil kepada para peserta yang dihadiri oleh Encik Shahfizul Shahrani, Pegawai KEMAS Daerah Zon 4 Parlimen Putrajaya dan diikuti oleh Pembantu Pegawai KEMAS Daerah Zon 4 Parlimen Putrajaya Puan Azlina. Selesai Majlis Penutup para peserta perlu menghabiskan sesi kursus modul yang ketiga dimana mereka belajar teknik kemasan rambut selepas dipotong dan cara-cara menjaga rambut yang sihat dan lurus.
Kursus ini telah tamat pada jam 3 petang dan telah disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: