Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Bersama Komuniti Madani Putrajaya 1 Parlimen Putrajaya
10 Mac 2024 | Aktiviti Terkini9 March 2024, Sabtu – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) ataupun dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 16 telah mengendalikan satu program kolaborasi bersama Jabatan Penerangan WPKLP (JAPEN) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Bersama Komuniti Madani Putrajaya 1 Parlimen Putrajaya. Program utama ini bermula pada jam 9:00 pagi – 3:00 petang yang turut dibantu oleh staff NaDi Putrajaya yang lain.
Program ini telah dilaksanakan oleh pihak JAPEN dan DOSM di NaDi Presint 16. Program ini bertujuan adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan Pangkalan Data Utama (PADU) dan penerangan berkenaan Setahun Bersama Kerajaan MADANI kepada penduduk sekitar. Semasa program ini dijalankan kaunter fizikal PADU dibuka seperti biasa bagi memudahkan penduduk sekitar yang hadir untuk mendaftar dan mengemaskini portal PADU. Sebagai tambahan pihak NaDi juga telah menjalankan aktiviti advokasi iaitu Kuiz KDB kepada para peserta yang hadir.
Program ini telah merangkumi perjumpaan daripada pihak JAPEN yang diwakili oleh Encik Azri Zainal Abidin selaku Pegawai Penerangan Daerah Bukit Bintang, Seputeh dan Putrajaya bersama ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Putrajaya yang membincangkan mengenai program-program kolaborasi yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.
Seterusnya adalah sesi penyerahan edaran bahan penerbitan jabatan iaitu buku Setahun Bersama Kerajaan MADANI kepada wakil staff NaDi Putrajaya, Puan Dahiyah Pengurus NaDi Presint 16 selaku tuan rumah untuk program ini. Sebagai tanda penghargaan pihak NaDi turut memberi cenderahati kepada ahli-ahli MPP dan pihak JAPEN.
Program utama tamat pada jam 3:00 petang dan disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama. Bagi sesi kaunter fizikal PADU di NaDi Presint 16 diteruskan sehingga jam 5:30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: