Latihan Penggunaan Sistem NADI Mahir dalam Talian
9 November 2024 | Aktiviti Terkini8 nov 2024 (Jumaat) – NADI Presint 16 telah diberikan taklimat ringkas mengenai “Latihan Penggunaan Sistem NADI Mahir dalam Talian”. Sesi berlangsung selama satu jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk sesi pertama secara atas talian dan dihadiri oleh 327 orang petugas NADI.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang tatacara penggunaan sistem tersebut, termasuk langkah-langkah untuk memasuki sistem, pendaftaran akaun pelajar, serta cara memasuki kursus kelas melalui sistem. Selain itu, taklimat ini juga membincangkan proses pemantauan kehadiran pelajar dalam sistem, yang merupakan aspek penting dalam memastikan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian.
Pihak panel juga telah menerangkan setiap langkah dengan jelas dan memberikan demonstrasi secara langsung untuk membolehkan semua peserta memahami dengan lebih baik dan menggunakan sistem dengan lebih efektif. Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, di mana peserta diberikan peluang untuk menanyakan sebarang soalan yang berkait dengan sistem ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: