Program Medical Outreach Initiative (REACH) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya: NADI Wellbeing
10 November 2024 | Aktiviti Terkini9 November 2024 — Program pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan di bawah inisiatif Medical Outreach Initiative (REACH) telah berlangsung dengan jayanya di NADI Presint 9 Fasa 3, Putrajaya. Program ini diadakan selama 7 jam, bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, dan bertujuan untuk menyediakan akses kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat setempat, khususnya bagi mereka yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa.
Didalam program ini NADI Putrajaya turut mengambil inisiatif dengan mendaftarkan para komuniti yang hadir menjadi ahli NADI serta memberi maklumat berkenaan program-program yang dianjurkan oleh NADI. Para komuniti yang hadir diberikan goodies secara percuma kepada pendaftar 100 orang yang terawal.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta yang hadir kemudian peserta perlu ke kaunter saringan kesihatan yang dilakukan oleh petugas MRIC Healthcare selepas itu peserta akan berjumpa Dr dan mendapatkan sesi kaunseling kesihatan agar peserta lebih terbuka minda untuk menjaga kesihatan kendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: