Taklimat Teknikal Sistem NADI CMS
10 November 2024 | Aktiviti Terkini15 November 2024 — NADI Putrajaya telah diberikan taklimat teknikal mengenai Sistem NADI CMS yang baru. Taklimat dijalankan selama 1 jam dari 4.00 petang hingga 5.00 petang yang dihadiri oleh semua petugas NADI di Malaysia.Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk petugas NADI memahami dan mengenal sistem CMS baru yang akan memainkan peranan penting dalam penggunaan seharian dari semasa ke semasa.
Antara yang diterangkan di dalam taklimat adalah bagaimana langkah-langkah untuk memasukkan sistem ke dalam setiap komputer di NADI di mana setiap komputer perlu menggunakan peranti OS window 11 dan mestilah peranti itu telah dikemaskini. Selain itu , petugas NADI juga diingatkan untuk memberikan data keahlian NADI mengikut format yang diberikan supaya dapat diintegrasi ke dalam sistem CMS yang baru.
Petugas NADI telah diperlihatkan halaman sistem CMS yang baru antaranya halaman login di mana ahli dan Petugas NADI perlu memasukkan id login dan password yang telah ditetapkan untuk menggunakan sistem. Sistem ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan di mana , setiap komputer di NADI boleh diawasi dan dikawal untuk memastikan ahli NADI sentiasa mematuhi tatacara penggunakan komputer yang baik. Sesi taklimat ditamatkan dengan sesi soal jawab di mana setiap peserta boleh menanyakan soalan sekiranya mempunyai kemusykilan tentang sitem CMS yang baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: