Roadshow Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya
14 September 2024 | Aktiviti Terkini11 September 2024, Rabu – Telah berlangsung Roadshow Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi Wilayah Kuala Lumpur Dan Putrajaya yang bertempat di Grand Barakah Hotel, Ampang. Seramai 35 orang peserta dikalangan staff yang telah mewakili NADI masing-masing bagi mengikuti program ini selama 3 hari.
1Program ini bermula pada jam 2 petang yang dimulakan dengan sesi motivasi dan kata-kata aluan kepada para peserta yang hadir dan berakhir pada jam 3 petang. Seterusnya adalah sesi taklimat pelaksanaan program perkhidmatan pintar NADI dan seterusnya adalah sesi taklimat dan latihan untuk NADI x Lifelong Learning (NADI-Nurture: eKelas) dan NADI x Entrepreneur (NADI-Usahawan: eKelas). Program pada hari pertama telah berakhir pada jam 7 petang.
1Pada hari kedua program diteruskan lagi dengan sesi pertama pada jam 8:30 pagi – 10:30 pagi iaitu NADI x Life Learning (NADI-Mahir) diikuti dengan sesi seterusnya ialah NADI x Entrepreneur (NADI-Prenuer, NADI-Empowher dan NADI-Kidventure) yang berlangsung pada jam 11 pagi sehingga jam 12:30 tengah hari. Selepas rehat satu jam sesi diteruskan lagi dengan sesi taklimat dan latihan untuk NADI x Lifelong Learning (NADI-Tiny Techies) diikuti dengan sesi NADI x Awareness (NADI-Safe & NADI-Shield) yang berlangsung pada jam 3:30 petang sehingga jam 4:30 petang. Pada jam 5 petang – 6:30 petang sesi diteruskan lagi dengan sesi NADI x Lifelong Learning (NADI-Nurture: DiLea). Bagi sesi malam pula program diteruskan lagi pada jam 8 malam sehingga jam 10 malam dengan sesi taklimat dan latihan MyDigital ID dan Pembayaran Tanpa Tunai di NADI.
1Seterusnya pada hari terakhir program dimulakan dengan sesi taklimat dan latihan NADI x Wellbeing pada jam 8 pagi sehingga jam 10:30 pagi. Kemudian program diteruskan lagi dengan taklimat dan latihan bagi sesi NADI x Lifelong Learning (NADI eSukan). Sebagai rangkuman kesemua sesi taklimat dan latihan yang dijalankan adalah program-program baru yang akan dilaksanakan bersama komuniti setempat di setiap NADI masing-masing. Program telah tamat pada jam 12:30 tengah hari dan disempurnakan dengan sesi penutup program dan sesi bergambar bersama-sama sebagi tanda kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: