Program Bersama Anak Yatim
24 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniAktiviti
- Rewang memasak jamuan
- Pendaftaran dan Ketibaan Komuniti serta VIP
- Senamrobik dan pertandingan sukaneka serta Futsal.
- Ucapan YB Menteri Wilayah Persekutuan
- Sesi Penyampaian Pelajar cemerlang PT3 dan SPM 2015
- Sesi Ramah Mesra
- Jamuan dan Sesi Cabutan bertuah.
Peserta
- 11 orang anak-anak Yatim Rumah Bakti Nur Syaheera
- 32 pelajar Diploma Pengurusan Muamalat Kelas 4B, Institut Profesional Baitulmal (IPB)
Pusat Internet telah bekerjasama bersama pelajar Diploma Pengajian Muamalat, Institut Professional Baitulmal untuk menjalankan Program Bersama Anak yatim yang berlangsung pada 23 Julai 2016 di Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pelajar untuk menggembirakan anak-anak disana disamping mengeratkan sillaturahim antara anak yatim dan pelajar IPB. Antaranya adalah Aktiviti kraf, sukaneka, dan DIY projek.
Bersempena dengan program yang dianjurkan, PI Putrajaya telah mengambil inisiatif untuk mengambil bahagian bagi membantu pelajar dan mendedahkan anak-anak yatim dengan pembelajaran ICT dan keselamatan berinternet disamping itu, memberi pengenalan mengenai Pusat Internet. Semasa kelas dijalankan, Anak-Anak Yatim turut didedahkan untuk menggunakan netbook 1 Malaysia. Semasa program dijalankan, wakil PI turut berkesempatan menghebahkan mengenai Pertandingan mencipta Video MYKomunitiKreatif dan Pertandingan Video Kesihatan Remaja 2016.
Anak-Anak Yatim dan pelajar IPB turut diedarkan risalah mengenai Pusat Internet 1 Malaysia dan diterangkan mengenai fungsi-fungsi yang disediakan. Disamping itu, mereka turut didedahkan mengenai Klik Dengan Bijak untuk membudayakan penggunaan internet secara positif dan membendung masalah penyalahgunaan internet serta melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru. Program ini telah dihadiri seramai 11 orang Anak Yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera dan 32 orang pelajar IPB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: