Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Usahawan - Nur Shafizah
Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Nur Shafizah Binti Mohd Sanusi, dimana beliau merupakan seorang usawahan online kecil-kecilan di mana beliau menjual jamu kunyit secara online. Jamu ini dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi. Beliau juga telah mendaftarkan perniagaan beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada awal mei 2016 yang lalu.
Selepas mengikuti kelas usahawan anjuran PI Presint 16, Cik Shafizah banyak mengadaptasi ajaran tenaga pengajar pada urusan perniagaannya. Ini dapat dilihat pada akaun facebook beliau, di mana beliau banyak kemaskini timeline facebook mengikut nasihat tenaga pengajar. Melalui bengkel keusahawanan yang dihadiri beliau kini lebih berpengetahuan berkenaan dengan perniagaan dan pemasaran. Disamping itu, beliau juga peroleh banyak ilmu baru yang penting dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Apa yang dipelajari melalui PI:
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog & instagram
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan:
- Dengan menghadiri kelas anjuran PI ia sedikit sebanyak membantu saya dalam perniagaan online saya.
- PI membantu mempromosikan produk
Kisah Kejayaan Celik IT - Norathirah Binti Md Afandi
Norathirah merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1). Norathirah telah menjadi ahli Pusat Internet Presint 16 sejak dari tahun 2016 dan telah menjadi pelajar ekelas maxis bermula pada tahun 2018.
Sebelum penglibatan Norathirah di Pusat Internet, dia tiada pengetahuan mengenai Microsoft office dan penggunaan computer dan internet terhad kepada kepada menonton video di youtube. Selain itu, Norathirah juga tidak didedahkan dengan program keselamatan di internet iaitu Klik Dengan Bijak (KDB).
Selepas adik orathirah kerap mengikuti kelas di pusat internet pengetahuan mengenai ICT kian bertambah dan berkembang. Selain itu, dia juga telah didedahkan dengan keselamatan internet dan juga program lain seperti check your label dan e-waste. Pada tahun 2018, adik norathirah telah berdaftar sebagai pelajar maxis ekelas dan mengikuti pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik.
Kisah Kejayaan Usahawan - Nurashikin Md Azlan - Perniagaan Pakaian Dan Aksesori Wanita Di Media Sosial.
Puan Ashikin baru sahaja memulakan perniagaan pakaian wanita pada bulan april yang lepas di media sosial. Sungguhpun baru bermula, Puan Ashkin kini sedang giat memperbanyakkan koleksi di facebook beliau. Antara barangan yang dijual adalah pakaian wanita, kasut, tudung dan aksesori. Sebelum ini Puan Ashikin tidak tahu teknik yang berkesan dalam menjalankan perniagaan di media sosial.
Setelah menghadiri kelas di Pusat Internet Puan Ashikin kini lebih mahir dalam menjalankan promosi menggunakan platform di internet. Beliau juga mempelajari teknik copywriting yang berkesan. Kini beliau aktif dalam mempromosikan produk jualan beliau di facebook.
Kisah Kejayaan Celik IT - Anis Hasifah
Anis merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1). Anis telah menjadi ahli Pusat Internet Presint 16 sejak dari tahun 2017 dan telah mendaftar sebagai pelajar maxis ekelas pada tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak mengetahui mengenai program Klik Dengan Bijak
- Tiada pendedahan mengenai pembelajaran secara live stream
- Pengetahuan Microsoft office yang terhad.
- Tidak didedahkan dengan penggunaan gmail
- Tahap pengetahuan ICT yang terhad
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, Anis lebih berpengetahuan mengenai ICT dan sering melibatkan diri dalam kelas ICT anjuran Pusat Internet. Antara kelas yang disertai oleh Anis adalah seperti berikut;
- Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
- Kelas menghasilkan design tshirt
- Kelas animasi powtoon
- Kelas asas Microsoft office
- Kelas Gmail
- Kelas menaip dengan kaedah yang betul
- Kelas DIY slime
- Kelas e-learning kahoot
- Maxis ekelas live tutorial
- Maxis ekelas Portal
- Maxis ekelas learning port
Kisah Kejayaan Celik IT - Nor Shazline Binti Samri
Shazline merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1). Shazline telah menjadi ahli Pusat Internet Presint 16 sejak dari tahun 2017 dan telah mendaftar sebagai pelajar maxis ekelas pada tahun 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak mengetahui mengenai program Klik Dengan Bijak
- Tidak mempunyai email
- Tiada pendedahan mengenai pembelajaran secara live stream
- Pengetahuan Microsoft office yang terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan PI Shazline lebih berpengetahuan mengenai ICT dan boleh menggunakan kebanyakkan aplikasi di internet tanpa bantuan. Antara kelas yang dihadiri oleh oleh Shazline adalah;
- Klik Dengan Bijak (KDB)
- Kelas asas Microsoft office
- Kelas Gmail
- Kelas menaip dengan kaedah yang betul
- Kelas DIY slime
- Kelas e-learning kahoot
- Maxis ekelas live tutorial
- Maxis ekelas Portal
- Maxis ekelas learning port
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan - Maizatul Akma Ismail
Puan Maizatul menjalankan perkhidmatan sulaman dan doorgift bermula dari awal tahun 2018. Beliau aktif menjalankan perniagaan dengan hanya menerima tempahan melalui telefon, whatsapp dan juga email. Segala produk yang ditawarkan oleh Puan Maizatul akan dipapar dan diiklankan di laman facebook pernigaan beliau. Puan Maizatul juga merupakan salah seorang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berpusat di Pusat Internet Presint 16, Putrajaya
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tidak tahu mengenai fungsi pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Maizatul telah menjadi ahli sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berpusat di Pusat Internet Presint 16. Beliau juga aktif mempromosikan perkhidmatan sulaman dan produk yang ditawarkan kepada ahli sahabat yang lain disamping turut aktif di facebook.
Promosi di media social;
Facebook : https://www.facebook.com/FluffyBunnyCraft769
Instagram : https://www.instagram.com/fluffy_bunny_craft/
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan - Mohd Faris Bin Mohd Agus
Mohd Faris Bin Mohd Agus merupakan pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Presint 16 (1). Pada tahun 2019, Faris telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Presint 16.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak didedahkan dengan keselamatan di internet
- Pengetahuan komputer yang terhad.
- Tidak pandai menggunakan Microsoft word.
- Tidak mahir menggunakan google gmail.
- Tidak didedahkan dengan applikasi e-learning di internet
- Tidak mahir menaip
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjadi ahli Pusat Internet Presint 16, Faris sering datang untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet. Disamping itu, Faris juga aktif dalam mengikuti kelas ICT anjuran Pusat Internet Presint 16 dan menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan ICT. Faris telah didedahkan dengan program klik dengan bijak, iaitu keselamatan berinternet melalui tayangan video.
Apa yang dipelajari melalui PI
1. Klik Dengan Bijak (KDB)
2. Kelas asas Microsoft Word
3. Gmail
4. Teknik menaip
5. Mereka Tshirt
6. Typing race
7. Kahoot ICT dan KDB
8. Pertandingan mereka logo
9. Mencipta komik Hari Malaysia
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan – Sakinah Razali
Nor Aishah Husin merupakan seorang surirumah dan telah menjalankan perniagaan menjual produk makanan dan kueh mueh tradisional seperti kueh talam, pulut kuning yang sesuai untuk majlis seperti potluck, open house, hi-tea dan birthday party. Beliau aktif menjalankan perniagaan dengan hanya menerima tempahan melalui facebook dan whatsapp. Beliau turut menjual minyak terapi dan aromaterapi untuk kesihatan. Puan Sakinah juga merupakan salah seorang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berpusat di Pusat Internet Presint 16.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak mengetahui fungsi pusat internet
- Penghasilan gambar produk jualan yang kurang yang menarik dan kreatif
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Puan Sakinah berjaya menghasilkan gambar yang menarik dan sering mendapat like & pujian dari rakan- rakan di facebook. Beliau juga aktif mempromosikan jualan beliau kepada ahli AIM yang lain.
Promosi di Media Sosial:
Facebook : https://www.facebook.com/sakinah.razali.5?epa=SEARCH_BOX
WhatsApp : 0172262647
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan – Wan Nursyafzan Qayyum bin Wan Norsyahmi
Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) dan kini berada belajar di tingkatan 5. Beliau telah menjadi ahli pusat internet p16 sejak tahun 2016 lagi. Tambahan lagi, pelajar ini juga aktif mengikuti program eKelas yang diadakan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Tidak mengetahui menyenai program Klik Dengan Bijak
- Pengetahuan menggunakan computer yang terhad
- Tiada pengetahuan menggunakan pembelajaran online
- Tidak mengetahui platform pencarian maklumat pembelajaran
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Sejak mengikuti kelas ICT yang diadakan beliau semakin menunjukan kemajuan dan mampu bersaing dengan kawan yang lain. Tambahan lagi, beliau juga sudah bijak menggunakan aplikasi di komputer untuk mendapatkan maklumat pembelajaran dengan lebih banyak dan terperinci. Maklumat ini turut disampaikan kepada rakan-rakan dengan lebih banyak dan sistematik.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Penggunaan Microsoft Office (Mircosoft Word, Excel, Power Point)
- Applikasi Goggle Apps (Google Translate, Google Maps dll)
- Applikasi untuk meningkat kreativiti pelajar seperti Tshirt Design Lab,Comix Online
- Latihan pembelajaran mengikut subjek : Kahoot
- Klik Dengan Bijak (KDB)
- Maxis eKelas live tutorial
- Maxis eKelas Portal
- Maxis eKelas learning port