Bengkel Mencipta Video #MYkomunitikreatif
20 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pusat Internet Putrajaya telah mengadakan satu bengkel mencipta video #MYkomunitikreatif dimana seramai 50 peserta telah terlibat secara langsung. Bengkel ini berlangsung pada 20 Februari 2016 dan bertempat di Dewan Komuniti Apartment Fasa 10, Presint 9, Putrajaya. Antara Pusat Internet (PI) Putrajaya yang terlibat adalah PI Presint 9 Fasa 10, PI Presint 9 Fasa 3, PI Presint 16 dan PI Presint 18.
Acara bermula dengan sesi 'ice breaking' bersama peserta dan sesi pengenalan program #MYkomunitikreatif oleh En Tahir dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tenaga pengajar telah dijemput khas dari ASWARA oleh pihak SKMM. Bengkel dimulakan dengan penerangan asas cara mengambil/merekod, mengedit dan seterusnya menyiarkan video tersebut ke laman sosial video yang popular seperti youtube. Peserta juga didedahkan serba sedikit mengenai aplikasi suntingan video yang selalu digunakan bagi menghasilkan video yang lebih menarik, diantaranya ialah movie maker, adobe premiere pri, avid media composer dan sebagainya.
Selesai sesi penerangan peserta diarahkan untuk menghasilkan video bersama kumpulan dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak SKMM. Melalui pendedahan seperti ini komuniti dapat mempelajari secara langsung teknik bagi menghasilkan sesuatu video daripada mula seterusnya sesi mengedit dan kemudian menyiarkan ke laman sosial. Ilmu seperti ini penting kerana ia dapat membantu peserta dalam menaiktaraf promosi produk atau servis yang ditawarkan oleh mereka. Usahawan kecil yang tidak mempunyai modal yang besar dalam mempromosikan produk mereka menggangap bengkel ini memberikan mereka satu ilmu yang sangat bermanfaat. Pelajar sekolah juga dapat menerapkan ilmu ini dalam pembelajaran mereka serta menambah pengetahuan ICT.
Bengkel ini ditamatkan dengan sesi penyampaian hadiah bagi kumpulan yang berjaya memperoleh mata tertinggi dalam menghasilkan video yang diadili oleh SKMM dan ASWARA. Akhir sekali, gambar kenangan diambil bersama peserta, pihak SKMM yang terlibat dan juga tenaga pengajar dari ASWARA. Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan supaya kita bersama-sama mendapat manfaat yang berguna dalam apa jua bentuk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: