Kelas Keusahawanan : Strategi pemasaran & Kaedah pengiklanan
15 Februari 2015 | Aktiviti TerkiniBaru-baru ini, kelas keusahawanan telah diadakan di bilik latihan, PI Presint 18 iaitu pada 14 Februari 2015. Ini merupakan kerjasama pertama antara PI present 16 dan PI Presint 18. Kelas ini berlangsung selama sehari bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Kelas keusahawanan ini disertai oleh 7 orang peserta antaranya penjawat awam, pelajar, bakal usahawan dan usahawan yang telah memulakan perniagaan. Tujuan utama kelas ini diadakan untuk membantu para usahawant erutama yang kurang arif mengenai cara memasarkan produk dengan berkesan. Kelas ini juga memberikan tips-tips perniagaan ‘online’ dan ‘offline’ yang membantu meningkatkan pasaran produk sekali gus menonjolkan produk kemata pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: