Kenduri 1 Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Putrajaya.
8 Februari2015 | Aktiviti TerkiniSempena Hari Wilayah pada 1 Februari 2015, PI di kawasan Putrajaya telah dijemput untuk membuka booth bagi memeriahkan Kenduri 1 Wilayah Persekutuan & Hari Keluarga Putrajaya yang berlangsung pada 7 Februari 2015 (sabtu) bermula dari 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sebanyak 4 buah PI telah bergabung tenaga untuk membuka booth iaitu PI Presint 16, PI Presint 18, PI Presint 9 Fasa 10 dan PI Presint 9 Fasa 3. Kenduri 1 Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Kompleks Futsal 1 Malaysia Presint 18, Putrajaya telah mendapat sambutan yang cukup hangat bukan sahaja daripada penduduk Putrajaya malah penduduk yang berada di kawasan berhampiran dengan Putrajaya seperti Semenyih, Pinggiran Putra dan Cyberjaya. Booth yang dibuka oleh PI Putrajaya turut merasai kehangatan sambutan daripada pengunjung. Seawal 8.30 pagi booth PI Putrajaya dipenuhi oleh pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Internet 1 Malaysia dan mereka juga turut mendaftar sebagai ahli PI Putrajaya. Sebanyak 550 borang keahlian habis diedarkan dan hampir 600 orang telah mendaftar menjadi ahli. Kenduri 1 Wilayah Persekutuan ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan turut hadir Presiden Turus 3 Perbadanan Putrajaya iaitu Tan Sri Dato Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat. Beliau juga mengambil kesempatan untuk melihat suasana di booth PI Putrajaya dan mendapatkan serba sedikit informasi PI Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: