Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Hari Keluarga Warga Putrajaya
21 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniAktiviti
- Rewang memasak jamuan
- Pendaftaran dan Ketibaan Komuniti serta VIP
- Senamrobik dan pertandingan sukaneka serta Futsal.
- Ucapan YB Menteri Wilayah Persekutuan
- Sesi Penyampaian Pelajar cemerlang PT3 dan SPM 2015
- Sesi Ramah Mesra
- Jamuan dan Sesi Cabutan bertuah.
Kehadiran
- 18000 orang pengunjung
Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan hari keluarga warga Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari iaitu pada 20-21hb Febuari 2016. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh Kementertian Wilayah Persekutuan antara aktiviti yang telah berlangsung ialah Street Dakwah, pertandingan melukis dan mewarna, aktiviti sukaneka bagi kanak-kanak, acara sukan seperti futsal & bola jaring, penyampaian bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang, pendaftaran konvoi berbasikal Wilayah Persekutuan, cabutan bertuah, pembukaan akaun Tabung Haji, serta pemeriksaan telinga, mata dan tekak.
Bersempena dengan festival yang dianjurkan, PI Putrajaya telah mengambil inisiatif untuk mengambil bahagian bagi memeriahkah festival ini dengan membuka booth PI Central supaya PI disekitar Wilayah Persekutuan ini dapat diperkenalkan dan seterusnya dapat memperkenalkan segala perkhidmatan yang disediakan. Booth PI yang dibuka telah dioperasikan oleh semua Pengurus dan Pembantu Pengurus di Putrajaya dan turut di bantu oleh Pengurus PI dari Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada pengunjung iaitu pengenalan PI, pendaftaran keahlian PI secara percuma, Klik dengan Bijak, pendaftaran kelas ICT & keusahawanan dan lain- lain. Dianggarkan Belasan ribu komuniti telah turut serta dalam acara ini yang telah dijalankan selama 2 hari bermula pada 20.2.2016 - 21.2.2016 dan penutup upacara ini akan diadakan di Labuan pada 28.2.2016 ini. Kami dari PI Central amat berterima kasih kepada penganjur kerana membenarkan kami turut serta bagi kali kedua dalam kenduri ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: