Bengkel Aplikasi & Robotik LEGO
29 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniBengkel robotic LEGO telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Komuniti Presint 9 Fasa 10 pada 28 Mei 2016 yang lalu. Bengkel ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pusat Internet (PI) Putrajaya. Bengkel Robotics ini merupakan kesinambungan daripada Program Smart Community @ Komuniti Pintar oleh MCMC.
Peserta dipilih berdasarkan minat dan potensi mereka, yang berumur 13 tahun sehingga 16 tahun. Pada awal bengkel peserta diberi penerangan ringkas oleh tenaga pengajar Encik Afiq dari sasbadi, tenaga pengajar menerangkan mengenai teknologi Robotics menggunakan Lego dan komponen-komponen yang terdapat pada robot tersebut yang membolehkan robot itu bergerak. Selesai sesi penerangan, peserta diajar menggunakan applikasi robotic, di mana peserta boleh memprogramkan robot tersebut seperti dikehendaki mereka. Di Penghujung bengkel, satu pertandingan tarik tali diantara robot diadakan untuk menguji robot peserta yang sudah diprogramkan dan diubahsuai mengikut citarasa peserta.
Program seperti ini amat bagus dijalankan kerana ia boleh merangsang minat anak muda dalam bidang robotic dan di samping itu, program ini mampu meningkatkan kreativiti para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: