Bengkel Pemasaran Internet Secara Intensif 2016
15 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu 14 Mei 2016, Pusat Internet Presint 16 telah mengadakan Kelas Usahawan – Bengkel Pemasaran Internet Secara Intensif 2016. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar usahawan tentang cara pemasaran yang berkesan agar dapat mereka gunakan untuk membangunkan perniagaan mereka masing-masing. Kelas yang berlansung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh seramai 12 orang usahawan ini dimulakan dengan sesi pengenalan dan seterusnya diikuti oleh tips pemasaran yang berkesan.
Bengkel ini berlangsung di Bilik latihan PI Presint 16. Bengkel ini merupakan anjuran PI presint 16 dengan kerjasama En. Fadzil yang telah dijemput untuk menjadi pengajar pada hari tersebut. Berikut adalah ilmu usahawan yang telah diperolehi oleh peserta bengkel :-
• Pengenalan setup fb page, fb ads dan Instagram
• Pemilihan produk dan teknik pemasaran
• Teknik pos dan copywriting
• Teknik mengembangkan biz (dropship, agent dan stokis)
• Branding
Dengan memberi penekanan kepada usahawan bahawa teknik pos dan copywriting dapat membantu meningkatkan pelanggan dan viewer post. Rata-rata usahawan yang datang merasa gembira kerana dapat menyertai kelas ini dan berharap agar PI presint 16 mengadakan kelas yang serupa di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: